REKA BENTUK PENGAJARAN
Difinisi
PERANAN
- Suatu proses untuk membina bahan pengajaran seperti modul bercetak, video pengajaran, perisian komputer dan sebagainya. Proses ini mencakupi proses reka bentuk dan proses membina bahan.
- Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai proses sains bagi membina spesifikasi pengajaran dengan terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa mengira unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupi keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan seterusnya menguruskan pembelajaran.
- Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses
- Menentukan keperluan murid
- Menentukan matlamat dan objektif
- Membina prosedur penilaian
- Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
- Mencuba sistem pengajaran
- Menilai keseluruhan sistem
PERANAN
- Meningkatkan Profession Perguruan
- Kefahaman Keperluan
- Penyelesaian Masalah
- Fokus pengajaran
KEPENTINGAN
- Membantu proses pembelajaran murid secara individu,kumpulan kecil dan kumpulan besar.
- Membantu guru memuat persediaan tentang topik, kaedah, aktiviti, bahan dan keperluan murid.
- Membantu guru membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik dan latar belakang murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Pembelajaran murid akan lebih menarik dan menyeronokkan.
Model reka bentuk terbahagi kepada empat kategori iaitu:
i. Model berorentasikan bilik darjah
Model berorentasi bilik darjah lebih memberi tumpuan kepada keadaan pembelajaran dalam bilik darjah serta tertumpu kepada elemen yang wujud dalam bilik darjah seperti guru, pelajar,kurikulum dan kemudahan. Antara model-model reka bentuk pengajaran berorentasikan bilik darjah ini ialah Model ASSURE (1982), Model Gerlach and Ely(1980), Model Kemp (1985) dan Model Hanafin and Peck.
ii. Model orentasi produk
Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat andaian bahawa bahan sesuatu produk pengajaran sentiasa diperlukan, bahan yang dihasilkan tidak memerlukan proses pengubahsuaian, produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh pelbagai pihak dan penekanan diberikan kepada percubaan. Antara model reka bentuk produk ialah VaPatten (1989), Lesih, Pollock dan Reigeluth (1990).
iii. Model orentasi sistem
Model reka bentuk berasaskan sistem melibatkan pembangunan bahan pengajaran besar bagi sesuatu kursus atau satu kurikulum. Model ini lazimnya dibangunkan oleh satu pasukan yang besar. Pembangunan perisian memerlukan sumber tenaga, bahan sokongan, analisis, percubaan dan ujian yang banyak. Antara model yang terdapat dalam kategori ini ialah Branson (1975), Diamon (1989) dan Dick and Carey (1996).
iv. Model orentasi teknologi
Model ini memberi tumpuan khas terhadap pembinaan perisian berasaskan teknologi. Antara model reka bentuk pengajaran dalam kumpulan ini ialah Model Air Terjun (1997) dan Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)